Sunday, August 10, 2014

Ar Rahnu

ASSALAMUALAIKUM.

PAJAK GADAI ISLAM ( AR -RAHNU )


Dalam bahasa Arab, Ar Rahnu bermaksud sesuatu barang yang diserahkan kepada seseorang sebagai cagaran hutang. 

Dari segi Syarak pula, ia membawa erti harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk menyamakan hutangnya apabila tidak berkemampuan pembayarannya oleh yang berhutang mengikut ketentuan syarak.

Dalam konsep Ar-Rahnu sesuatu barang yang berharga dijadikan cagaran yang terikat dengan hutang.Sekiranya hutang itu tidak dapat dijelaskan, barang tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang. 


HUKUM AR RAHNU


Ar Rahnu merupakan sesuatu kaedah yang halal dan diharuskan dalam Islam . 


Berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith


"Dan jika kamu sedang dalam perjalanan lalu kamu berhutang (lalu kamu bermuamalah bukan tunai atau memberi hutang yang bertempoh) sedang kamu tidak mendapati jurutulis,maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang)..." (Al-Baqarah : 283 ) 

"Bahawasanya Nabi SAW menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Bahawasanya Nabi Muhammad SAW menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



RUKUN AR RAHNU (GADAIAN)


Terdapat 5 rukun gadaian dalam Islam iaitu :


1. Penggadai (RAHIN) atau orang yang menggadai ,iaitu orang yang berhutang.
2. Penerima gadaian (MURTAHIN) atau pemegang gadaian ,iaitu pihak yang memberi hutang.
3. Barang gadaian (MARHUMBIH) iaitu barang yang dipunyai dan dalam kawalan penerima hutang . Barang tersebut juga mestilah sah dijual belikan dari segi syara'.
4. Tanggungan gadaian iaitu jumlah yang terhutang. 
5. Sighah akad ijab dan kabul atau perjanjian berkaitan pembiayaan hutang dan gadaian.


PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA





Di Malaysia, sistem pajak gadai secara Islam telah dicadangkan oleh Mantan Menteri Kewangan , Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 21 OGOS 1993 di Kuala Terengganu ketika beliau melancarkan Skim Perbankan Syariah .


Konsep Ar Rahnu ini dijalankan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Bank Negara .


Kelantan dan Terengganu turut menjalankan pajak gadai Islam mereka yang tersendiri.Di Kelantan , operasi syarikat Ar Rahnu tajaan Permodalan Kelantan Berhad telah pun beroperasi secara komersial beberapa tahun yang lalu , manakala Terengganu membentuk Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang berasaskan konsep amal jariah semata-mata dan pelanggan tidak dikenakan sebarang bayaran . 


Tujuan perkhidmatan Ar Rahnu secara umumnya bertujuan memberi pinjaman atau mudah tunai sementara cagaran atau barang simpanan kepada orang ramai dengan mengikut sistem syariah Islam yang sebenar . Di samping itu , ia adalah untuk melaksanakan satu lagi rangkaian urusan kewangan Islam sebagai satu cara pembiayaan dan pinjaman dalam kewangan di Malaysia dan juga untuk menghapuskan eksploitasi ke atas golongan miskin.


PERBEZAAN PAJAK GADAI ISLAM DAN BUKAN ISLAM



PAJAK GADAI ISLAM
PAJAK GADAI BUKAN ISLAM
     Memberi pinjaman tanpa bunga (mengikut syariah   Islam)
      Memberi pinjaman berserta bunga (riba)

     Tidak dibenarkan mengaut keuntungan              
        Mengaut keuntungan dari kesusahan pelanggan
      Upah menyimpan yang rendah
         Upah menyimpan yang tinggi
      Lebihan wang ke atas barang yang di jual akan dikembalikan kepada pelanggan
      Lebihan wang ke atas barang yang di jual tidak akan dikembalikan kepada pelanggan